Bukan semua perkara yang ditulis berkaitan diri saya – Jaa Suzuran

Entertainment
3 Aug 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bukan semua perkara yang ditulis berkaitan diri saya – Jaa Suzuran

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio, Jaa Suzuran menjelaskan hantaran yang dimuat naiknya di Threads sebelum ini tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadi dirinya.

Menurut Jaa atau Mohamad Faizal Ahmad, segala perkongsian berbaur luahan di media sosial miliknya kebanyakkannha berdasarkan berdasarkan pemerhatian terhadap pengalaman orang lain.

“Apa yang saya tulis di Threads itu kebanyakannya bersifat rawak. Kadang-kadang saya nampak petikan di TikTok, kemudian saya huraikan semula dengan cara saya.

“Bukan semua perkara yang saya tulis berkaitan dengan diri saya. Ada yang berdasarkan pengalaman orang lain,” katanya ketika ditemui di majlis Malam Gala Tiket Sehala, baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkongsiannya mengenai keterbukaannya untuk menerima jodoh berstatus janda atau ibu tunggal, Jaa menegaskan dia tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai ukuran dalam mencari pasangan hidup.

“Maksud saya, pengalaman hidup seseorang itulah yang membentuk dirinya. Jadi bagi saya, status janda, ibu tunggal atau pun bukan, sama saja. Yang berbeza cuma pengalaman yang dilalui.

“Sebenarnya memang ada golongan ibu tunggal yang menghubungi saya. Ramai yang baik-baik mahu berkenalan dengan saya. Jadi, saya perlu tapi satu persatu terlebih dahulu. Ada yang datang dengan pakej enam orang.

“Ada juga yang datang empat orang, dua lelaki dan dua perempuan. Ada yang datang berdua, seorang perempuan dan seorang anak lelaki. Saya ini mampu jaga dua orang saja. Lebih daripada itu memang tidak mampu,” jelasnya.

Ditanya sama ada keluarganya terbuka andai pilihan hatinya seorang ibu tunggal, Jaa menegaskan perkara itu bukan lagi satu halangan, sebaliknya kebahagiaannya menjadi kunci utama.

“Keluarga saya okey saja. Yang penting kami boleh hidup bahagia dan saling memahami. Itu yang paling penting dalam sesebuah hubungan.

“Saya pun okey saja sebab saya memang sukakan budak-budak. Cuma janganlah anak wanita itu sudah berumur 17 tahun. Bimbang jika berlaku sebarang salah faham, saya pula dibelasah anaknya,” selorohnya. -UTUSAN

The post Bukan semua perkara yang ditulis berkaitan diri saya – Jaa Suzuran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved