“Bukan semua yang bernama tiri itu jahat” -Ucapan tulus Shila Amzah buat suami

EntertainmentLifestyle
16 Jul 2025 • 4:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi terkenal, Shila Amzah menitipkan ucapan tulus buat suami tersayang, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai dengan menyatakan bahawa sangat berterima kasih kepada lelaki itu kerana menjadi seorang suami yang cukup hebat.

image is not available

Shila Amzah ucap terima kasih ke Ubai

Dalam ungkapannya di Insta Story, Shila mengucapkan terima kasih kerana selalu memperbetulkannya andai melakukan kesilapan dan sentiasa menghormatinya.

“Terima ksih sebab selalu betulkan saya seandainya saya salah. Terima kasih kerana tidak perlu takutkan saya kerana kita saling hormat menghormati,” tulisnya.

image is not available

Shila Amzah terharu layanan Ubai ke Seth

Dia juga begitu menghargai layanan yang diberikan Ubai kenapa anak sulungnya, Seth Uwais tanpa membeza-bezakan walaupun pempengaruh berkenaan adalah bapa tiri.

“Terima kasih kerana selalu memanusiakan insan lain. Terima kasih sebab layan Seth seperti anak awak sendiri tanpa perlu kejam kepada anak tiri.”

“Sesungguhnya bukan semua yang bernama tiri itu jahat,” ujarnya.

image is not available

Shila Amzah tegaskan tak semua tiri itu jahat

Di akhir perkongsian Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila binti Amir Amzah dia menyatakan yang baik itu ramai, namun yang kejam itu terlalu kejam tanpa menjelaskan maksud sebenar.

image is not available

Nama Shila Amzah sejak kebelakangan ini menjadi sebutan selepas membuat laporan polis berhubunga dakwaan diherdik seorang penyanyi legenda.

Susulan daripada itu. pihak polis mendedahkan bahawa penyanyi legenda terbabit dikatakan tidak berpuas hati kerana Shila didakwa cuba mencampuri urusan keluarganya.

Namun begitu, Shila menafikan dakwaan tersebut dan membuat laporan polis untuk menjaga keselamatannya.

Sumber: Instagram shahilaamzah