Bukan senang nak tembusi pasaran Amerika, Ini Rahsia Yuna Berjaya di persada Global

Entertainment
2 Oct 2023 • 12:00 PM MYT
Syarul Izat
Syarul Izat

Freelance writer and graphic designer who enjoy reading and sharing stories

Image from: Bukan senang nak tembusi pasaran Amerika, Ini Rahsia Yuna Berjaya di persada Global
Photo credit: Hype My

Berbakat dalam mencipta lagu sendiri dan mempunyai suara yang lunak merdu, Yuna kini semakin berjaya menempatkan diri dalam industri hiburan di luar negara iaitu di Amerika Syarikat.

Yuna atau dikenali juga sebagai Yunalis Zarai mungkin telah membuatkan ramai penyanyi-penyanyi tempatan cemburu dengan kejayaannya. Hal ini kerana sejak tajun 2012 hingga kini, dia telah banyak melakukan persembahan di sana, berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi terkenal serta mempunyai peminat dari pelbagai negara.

Ramai juga tertanya-tanya apakah rahsianya sehingga penyanyi lagu Crush itu dilihat mudah menapak di luar negara serta mencipta nama di sana?

Image from: Bukan senang nak tembusi pasaran Amerika, Ini Rahsia Yuna Berjaya di persada Global
Yuna muncul pada billboard di Times Square untuk promosi album bertajuk Rouge di Spotify. Gambar: Malay Mail

Jika ditelusuri sejarah awal kemunculan Yuna di sana, sudah pasti ramai peminat dapat meneka bagaimana proses penghijrahannya yang memudahkan laluannya ke peringkat antarabangsa.

Apa yang pasti kunci kejayaannya bermula dengan 'networking' atau jaringan hubungan yang telah terjalin antara Yuna dengan pihak pengurusannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Menurut Yuna dalam wawancara dengan wartawan USA Today, dia sangat berterima kasih kepada laman media sosial, Myspace kerana bakat nyanyiannya tersebar ke luar negara secara atas talian dan dilamar oleh pihak pengurusan yang tepat.

Sekiranya Yuna hanya menyayi dan melakukan persembahan di dalam negaranya sahaja, tanpa berusaha untuk memperkenalkan bakatnya secara meluas melalui platform laman sosial yang spesifik untuk muzik dan lagu seperti Myspace, sudah tentu kerjaya seni tidak berkembang.

Keberanian melakukan perubahan dalam kerjaya seninya dengan mengambil keputusan untuk membina jaringan hubungan dan bergaul dengan orang-orang di luar negara telah berjaya melonjak namanya di persada antarabangsa.

Jaringan hubungan sebeginilah yang menjadi rahsia ramai penyanyi dapat mencipta nama dengan lebih pantas. Hubungan baik yang dibina dengan individu yang mempunyai minat dan matlamat yang sama turut memberi pelbagai faedah kepada penyanyi.

Dalam temubual bersama wartawan thesundaily, keputusannya untuk meninggalkan tanah air ketika kerjaya seninya sedang berada di kemuncak populariti menjadi perbualan ramai.

Hal ini kerana ramai beranggapan sinarnya sebagai seorang penyanyi akan pudar kerana tidak memanfaatkan peluang untuk menyinar di dalam negara ketika dirinya sangat popular ketika itu.

Katanya lagi, dia bukanlah melarikan diri ke luar negara, namun dia sudah merasakan sudah berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehi di negaranya dan ingin melakukan sesuatu yang sudah lama dia inginkan selama ini.

Keinginan untuk tidak mudah selesa dengan pencapaiannya dan mahu melakukan lebih untuk berjaya adalah satu usaha yang sangat terpuji.

Sikap optmis yang dimilikinya telah banyak membuka peluang-peluang besar dalam kerjayanya. Sikap sebeginilah yang harus kita ikuti dan teladani sekiranya mahu lebih berjaya.

Berkat usaha dan kesabarannya, Yuna kini antara penyanyi yang dikenali peminat di serata dunia dan lagu-lagu ciptaanya berjaya berkali-kali menduduki carta billboard.

Hasil kerjayaan tersebut telah membuka mata ramai pihak termasuk para media tempatan apabila dia telah menerima Anugerah Eksplorasi Seni pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.


Syarul Izat adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.