Bukan seorang pengurus - TMJ

21 Feb 2023 • 3:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Catatan Tunku Ismail di Instagram pada Selasa. - Foto Instagram HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail (gambar kanan).

image is not available
Keratan laporan akhbar Sinar Harian pada 15 Februari lalu.

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan untuk menawarkan peranan yang lebih besar berbanding bergelar pengurus skuad kebangsaan.

Pemilik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi hantaran di Instagram story miliknya pada Selasa.

"Bukan seorang pengurus... Lebih daripada seorang pengurus," tulis Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

TMJ turut memuat naik fotonya bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Sinar Harian pada 15 Februari melaporkan Tunku Ismail tidak berminat memegang sebarang jawatan dalam pasukan negara termasuk sebagai pengurus skuad Harimau Malaya.

Hamidin berkata, Tunku Ismail menzahirkan hasrat baginda untuk terus membantu meningkatkan mutu pasukan negara.

TMJ sebelum ini meluahkan hasrat untuk membantu Harimau Malaya termasuk dalam menyumbang peralatan latihan sebagai persiapan skuad negara menghadapi Piala Asia 2023 awal tahun depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved