[VIDEO] ‘Join’ Ubi Superstar Live, Netizen Suruh Shuib Buang Nama Sepahtu?

Entertainment
17 Feb 2023 • 11:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini telah tular sebuah hantaran di akaun Instagram rasmi pelawak, Shuib Sepahtu yang mengumumkan dirinya terlibat dalam program baru terbitan Astro Warna iaitu Ubi Superstar Live yang dijangka akan mula bersiaran pada 23 Februari ini

Walaubagaimanapun, hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet sehinggakan ada yang mempersoal status kumpulan lawak terkenal, Sepahtu itu. Apa jadi ni?

Netizen tanya apa jadi pada Sepahtu?

Menerusi posting yang dibuat oleh Shuib, dapat dilihat netizen memberikan kritikan terhadap tindakan Shuib yang tiba-tiba menyertai kumpulan Ubi untuk program tersebut.

Peminat Sepahtu turut meluahkan rasa kecewa sekali gus mempersoalkan status kumpulan Sepahtu setelah melihat Shuib mempromosikan clique terbarunya itu.

Jep pernah bagitahu masa ‘live’ dekat TikTok?

image is not available

Terdahulu, ahli kumpulan Sepahtu, Jep telah membuat live melalui aplikasi TikTok sambil menjawab beberapa soalan mengenai penglibatan Shuib dalam Sepahtu.

Difahamkan, Jep sudah pun memujuk dan berbincang berkenaan hal ini namun dia faham dengan komitmen ahli kumpulan lain dan tidak memaksa kerana mereka sudah mempunyai haluan masing-masing.

Bagaimanapun, menurut laporan Gempak, Shuib memberitahu dia terbuka untuk menyertai program Sepahtu kerana dia merasakan program tersebut adalah antara program paling seronok baginya dan Ubi Superstar Live ini hanya angin baru dan tiada salahnya jika dia cuba.

“Dah boleh buang nama Sepahtu dekat IG tu” – Netizen

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Shuib sehinggakan ada juga warganet yang meminta Shuib untuk tidak lagi menggunakan nama ‘Shuibsepahtu’ lagi sebagai nama akaun Instagramnya.

image is not available

Hmm ni sebenarnya apa cerita ni? Korang rasa Ubi ni nanti kelakar macam Sepahtu tak?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.