Bukan setakat alkohol, kru penerbangan juga patut diberi pilihan tutup aurat – Zainul Rijal

LocalPolitics
23 Oct 2025 • 12:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar turut menyokong agar syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) tidak menghidangkan minuman keras.

Beliau berkata sekurang-kurangnya tiada kru kabin yang beragama Islam terpaksa menghidangkan minuman tersebut kepada penumpang memandangkan ia bertentangan dengan hukum agama.

Kru penerbangan

image is not available

“Saya bukan ahli PAS tapi saya menyokong cadangan Ahli Parlimen PAS agar Malaysia Airlines tidak menghidangkan arak atau sekurang kurangnya tiada kru kabin Muslim yang terpaksa menghidangkan arak bertentangan dengan Hukum Islam.

“Ini bukan isu parti, ia isu agama. Saya juga telah lama menyarankan mereka diberi pilihan berpakaian menutup aurat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Kru penerbangan

image is not available

Terdahulu, Ahli Parlimen PAS Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) menggesa supaya syarikat penerbangan tersebut berhenti menghidangkan alkohol dalam penerbangan bagi menghormati staf dan pelanggan yang beragama Islam.

Bagaimanapun, seorang ahli parlimen DAP menyindir dengan menyarankan agar pemimpin parti itu menubuhkan syarikat penerbangan sendiri.

Sumber: Faceook @Zainul Rijal Abu Bakar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved