“Bukan Setakat Handsome Tapi Helok, Saya Tak Boleh Bercakap..” – Staf Pak Mat Western Kongsi Kisah Buat ‘Live’ Bersama Fattah Amin

LocalEntertainment
24 Oct 2024 • 2:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform TikTok, tular keratan video live staf jenama kambing terkenal, Pak Mat Western yang dikenali sebagai Una berkongsikan pengalamannya melakukan live TikTok bersama pelakon, Fattah Amin, baru-baru ini.

Renungan tajam Fattah Amin

Menurut Una, renungan mata Fattah membuatkan dirinya sukar untuk bercakap secara berdepan dengan pelakon kacak itu.

(Fattah) bukan setakat ‘handsome’ tapi helok. Bila dia bagi renungan mata dia macam itu, kita jadi macam, ‘Ehh tak bolehlah’.

Sewaktu ditanya oleh netizen sama ada dirinya ‘cair’ membuat live bersama Fattah, Una memaklumkan dia bersikap profesional memandangkan sedang bekerja.

Netizen terhibur dengan Una

Bagaimanapun, hal yang mencuri perhatian apabila gadis terbabit menyanyi dan menukar bait lirik lagi Ah! Rindu Lagi nyanyian asal penyanyi dangdut, Amelina.

Tak adalah cair, biasa ja perasaan itu. Berdegup jantungku, bila Fattah melihatku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Una dan ada juga yang berseloroh mendoakan agar mereka bertemu jodoh.

image is not available
image is not available

image is not available 1 day ago

Tular Perbualan WhatsApp 'Mesra' Dengan Fattah Amin, Ini Respon Wanna Ali - "Kita Jumpa Kat Padang Mahsyar"