Fattah Amin Semakin ‘Rosak’ Di TikTok, Gelagat ‘Thank You Ketayki’ Cuit Hati Netizen

LocalEntertainment
24 Oct 2024 • 2:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fattah amin

Baru-baru ini, pelakon popular Fattah Amin sekali lagi mencuit hati netizen apabila meniru gaya usahawan terkenal Thailand, Aon Samrutai, menerusi trend TikTok, ‘Thank You Ketayki’.

Gelagatnya yang ceria mempromosikan produk suplemen kesihatan sambil menyebut dialog viral ‘Thank you ketayki koi..koi..koi’ dalam video yang dimuat naik di Instagram, telah menarik perhatian ramai.

Rata-rata netizen memuji aksi kelakarnya dan menyifatkan Fattah semakin menghiburkan sejak bergelar duda.

Malah, ada yang berpendapat bahawa rezeki Fattah semakin bertambah selepas melalui pelbagai cabaran dalam hidupnya, terutamanya ujian rumah tangga bersama aktres Fazura sebelum ini.

image is not available

Sebelum ini, Fattah juga mencipta fenomena di TikTok apabila berjaya meraih lebih 100,000 tontonan dan 44 juta tanda suka ketika melakukan live di platform berkenaan.

Aktor yang kini digelar ‘Duda Hot’ itu turut melihat lonjakan dalam jumlah pengikutnya, mencapai 680,800 pengikut dalam tempoh tiga minggu sahaja, meningkat lebih 150,000 orang.

#OhmediaNasihat

Kehidupan memang penuh dengan ujian, tapi Fattah membuktikan bahawa setiap cabaran boleh menjadi peluang untuk bangkit lebih kuat. Korang yang hadapi kesukaran, jangan mudah mengalah.

Teruslah berusaha dan percayalah bahawa rezeki pasti ada bila kita ikhlas dan positif dalam setiap langkah. Jangan takut untuk ketawa dan nikmati hidup, macam Fattah yang sentiasa menceriakan hari netizen!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram