‘Bukan sombong, rasa diri bagus tapi kena pilih kawan’

Family & ParentingLifestyle
23 Oct 2026 • 10:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Bukan sombong, rasa diri bagus tapi kena pilih kawan’

PETALING JAYA – Enggan membiarkan kehidupan peribadi dicemari pengaruh negatif, pelakon Datin Intan Najuwa memilih untuk menjauhkan diri daripada individu toksik demi menjaga ketenangan diri serta keluarganya.

Ujar Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, dia tidak mempunyai masalah memutuskan hubungan dengan individu bersikap negatif, terutama mereka gemar melemparkan fitnah dan berkata buruk tentang dirinya.

“Hidup ini sebenarnya mudah sahaja. Apabila seseorang sudah membenci kita, gemar memfitnah dan bercakap perkara bukan-bukan, kita tidak perlu pening kepala. Putuskan sahaja hubungan dengan mereka.

“Kita kena memilih dengan siapa kita mahu berkawan. Bukan semua orang boleh saya benarkan masuk dalam kehidupan saya.

“Bukan sebab saya sombong atau berasa diri lebih bagus, tetapi saya terlalu menjaga keluarga saya,” katanya dalam Instagram.

Tambah pelakon drama Suamiku Mr Blind itu, dia tidak mahu memberi ruang kepada individu berniat buruk untuk mengetahui atau mencampuri urusan peribadinya, terutama perkara membabitkan keluarga.

Baginya, kebahagiaan dan ketenteraman keluarga jauh lebih bernilai berbanding usaha menyenangkan hati semua orang sehingga mengorbankan kesejahteraan sendiri.

“Saya tidak suka memberi akses kepada individu berniat tidak baik untuk masuk ke dalam kehidupan saya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keluarga.

“Ketenangan keluarga saya lebih penting daripada menjaga hati orang lain.

“Pada akhirnya, bukan semua orang boleh berada dekat dengan saya dan saya langsung tidak mempunyai masalah dengan perkara itu,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, terutama dalam kalangan mereka yang berpendapat tindakan menetapkan batas dalam pergaulan penting bagi melindungi kesihatan emosi serta keharmonian keluarga.

Bagaimanapun, segelintir pihak berpandangan setiap perselisihan wajar ditangani secara matang dan tidak semua hubungan bermasalah perlu diputuskan tanpa ruang untuk berbincang. – KOSMO! ONLINE.

The post ‘Bukan sombong, rasa diri bagus tapi kena pilih kawan’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved