‘Bukan tak bersyukur, kami juga mahu merasa’

5 Sep 2026 • 9:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Bukan tak bersyukur, kami juga mahu merasa’

KLUANG – Lebih 10 tahun bergantung kepada air telaga tiub untuk kegunaan harian, penduduk Kampung Orang Asli Su­ngai Peroh di sini berharap pe­nantian mereka untuk menikmati bekalan air bersih terawat menjadi kenyataan.

Seramai 173 penduduk daripada 43 keluarga di kampung berkenaan merayu supaya bekalan air te­rawat seperti dinikmati penduduk lain di Pekan Kahang dapat disalurkan ke kawasan mereka.

Harapan itu semakin tinggi selepas jalan menuju ke kampung berkenaan sejauh kira-kira 10 kilometer dari Jalan Batu Pahat-Mersing kini sudah diturap sepenuhnya sejak awal tahun ini, sekali gus memudahkan perhubungan keluar masuk penduduk.

Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Mahat Maya berkata, penduduk tidak lagi mahu terus bergantung sepenuhnya kepada air telaga tiub sekiranya kemudahan bekalan air terawat boleh disalurkan ke kampung berkenaan.

“Bukan kami tidak bersyukur dengan kemudahan telaga tiub yang menjadi nadi bekalan air sejak lebih 10 tahun lalu, tetapi kalau ada peluang untuk mendapatkan bekalan air yang lebih baik, kami juga berharap dapat menikma­tinya.

“Air terawat yang dibekalkan Ranhill SAJ sudah melalui proses rawatan dan saringan, manakala air telaga tiub pula digunakan tanpa melalui proses rawatan seperti itu,” katanya kepada Kos­mo!.

Mahat berkata, sebelum ini penduduk memahami jika permohonan bekalan air terawat sukar dilaksanakan berikutan faktor akses ke kampung yang kurang baik namun ketika ini jalan utama ke kampung ber­kenaan dinaik taraf dan diturap sepenuhnya.

Menurut Mahat, secara keseluruhannya bekalan air daripada telaga tiub tidak pernah terputus kerana kedudukan kampung yang berhampiran sungai menyebabkan sumber air bawah tanah sentiasa ada.

The post ‘Bukan tak bersyukur, kami juga mahu merasa’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved