“Bukan tentang keselamatan saya” – Kim Pan-gon Perjelas ‘Bahaya’ Yang Dimaksudkan Ketika Letak Jawatan

Entertainment
17 Jul 2024 • 2:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan perletakan jawatan jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon.

Pun begitu, salah satu jawapan daripada bekas jurulatih itu ketika sidang media menarik perhatian netizen di mana ketika beliau ditanya mengapa memutuskan untuk letak jawatan, Pan-gon menjawab ‘ia terlalu bahaya’.

Jawapan itu seterusnya menjadi bualan hangat di media sosial, malah ada juga beberapa pihak yang mengeluarkan beberapa spekulasi.

image is not available

Bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro, difahamkan ‘bahaya’ yang dikatakan itu bukanlah tentang keselamatan dirinya di negara ini sebaliknya, ia membabitkan isu taktikal pasukan.

Pan-gon berkongsi perkara itu dalam pertemuan tertutup bersama pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, malam tadi.

Selain Tunku Ismail, turut diundang Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi serta beberapa wakil media tertentu serta sebuah laman media sosial yang dikatakan punca tercetusnya provokasi di laman sosial.

Difahamkan, perbincangan itu diadakan dalam suasana harmoni dengan Pan-gon menerangkan maksud sebenar perkataan ‘bahaya’ di depan Tunku Ismail dan tetamu lain.

Dalam pada itu, Pan-gon juga difahamkan telah meluahkan perancangannya selepas pulang ke Korea Selatan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.