Bukan Terlupa Beri Ayam Makan! Jemaah Haji Indonesia Minta Turun Rupanya Takut Naik Pesawat

2 May 2026 • 9:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat ketika dalam perjalanan ke Madinah kerana teringat ayam peliharaannya yang belum diberi makan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku dalam insiden berkenaan.

Ketua Jabatan Wilayah Kementerian Haji dan Umrah (Kemenhaj) Sulawesi Selatan, Ikbal Ismail, mengesahkan kejadian itu melibatkan jemaah dalam Kluster 12 Embarkasi Makassar pada Rabu (29 April), ketika pesawat sudah berada di udara menuju Madinah.

Image from: Bukan Terlupa Beri Ayam Makan! Jemaah Haji Indonesia Minta Turun Rupanya Takut Naik Pesawat

Menurut beliau, permintaan jemaah untuk turun dari pesawat bukan disebabkan isu ayam seperti yang tular, sebaliknya kerana rasa takut memandangkan itu merupakan pengalaman pertama menaiki pesawat.

“Jadi bukan mau turun ingat ayamnya, yang benar jemaah tersebut baru naik pesawat. Iya (takut), makanya minta turun,” kata Ikbal Ismail pada Jumaat.

Beliau berkata, petugas haji yang berada di dalam pesawat segera menenangkan jemaah terbabit sehingga keadaan kembali terkawal sepanjang penerbangan.

“Iya (sudah terbang),” katanya ketika mengesahkan pesawat telah berlepas ketika insiden berlaku.

Image from: Bukan Terlupa Beri Ayam Makan! Jemaah Haji Indonesia Minta Turun Rupanya Takut Naik Pesawat

Artikel lain: 99 Jemaah Haji Terkena Jangkitan Pneumonia Di Mekah – Kementerian Kesihatan Indonesia

Difahamkan, selepas ditenangkan, jemaah berkenaan kembali tenang dan meneruskan perjalanan sebelum selamat tiba di Madinah bersama rombongan Kluster 12. Beliau turut dilaporkan berada dalam keadaan gembira sebaik tiba di destinasi.

Dalam video yang tular, kelihatan wanita warga emas itu berdiri dari tempat duduknya di kabin pesawat sebelum ditenangkan oleh dua petugas haji, manakala seorang pramugari turut membantu beliau kembali duduk di kerusinya.