“Bukan Tiada PA Wanita” – Diminta Jaga Batas, Cik B Perjelas Isu Dibantu Staf Lelaki

EntertainmentLifestyle
30 Jul 2025 • 11:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Cik B, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida, tampil menjelaskan situasi selepas menerima teguran netizen berkaitan pembantu peribadi (PA) lelakinya yang membantunya turun dari kenderaan.

Video yang tular di TikTok menunjukkan seorang lelaki memegang tongkat sambil membantu Cik B, dan perkara itu mengundang nasihat agar menggunakan PA wanita demi menjaga batas mahram.

Menjawab isu tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, menjelaskan bahawa dia memang sudah lama mempunyai PA wanita yang setia bersamanya.

Kakak PA ni memang selalu ikut ke mana sahaja Cik B pergi, cuma tak selalu muncul depan kamera sebab banyak uruskan hal kerja di belakang tabir.

Tambah Cik B lagi, staf lelaki yang membantu dalam video tersebut bertindak sedemikian kerana tugasan itu memerlukan kekuatan fizikal, bukan disebabkan tiada staf wanita. Beliau turut menegaskan bahawa ramai lagi staf lain turut membantu secara ‘off-camera’.

image is not available 2025-07-23 16:16:23

"Ramai Lelaki Nak Cik B" - 'Dikenen' Dengan Ammar Ahyan, DS Vida Serah Urusan Jodoh Pada Anak