Bukan tunggang isu! Intan Najuwa & suami anjur solat hajat untuk aktivis GSF

2 Oct 2025 • 3:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Datin Intan Najuwa mengambil inisiatif mengadakan majlis solat hajat bagi mendoakan kelancaran misi delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini sedang berlayar di perairan antarabangsa menuju Gaza, Palestin.

Menurut Intan, 28, dia bersedia berdepan tanggapan negatif masyarakat namun menegaskan usaha itu adalah salah satu bentuk sumbangan kecilnya buat sukarelawan Malaysia yang terbabit dalam misi berkenaan.

“Orang mungkin akan menghakimi saya jika berkongsi perkara ini.
“Namun, saya ingin jelaskan bahawa saya bukan ‘fomo’ (fear of missing out) atau mengharapkan pengiktirafan sesiapa.
“Saya kongsikan kerana hati saya benar-benar tergerak untuk melakukannya,” katanya menerusi hantaran di platform Threads, hari ini.

image is not available

Intan Najuwa & suami anjur solat hajat

Maklum Intan, solat hajat yang bakal berlangsung malam ini akan disertai bersama suami serta anak-anak tahfiz.

“Malam ini, saya bersama suami dan anak-anak tahfiz yang kami kasihi akan menunaikan solat hajat khusus untuk sukarelawan Global Sumud Flotilla.
“Insya-Allah, kami akan teruskan setiap malam selagi Allah mengurniakan kekuatan kepada kami.
“Semoga doa-doa kita yang bersatu ini diangkat dan harap mereka yang telah diculik zionis berada di bawah lindungan dan jagaan Allah Yang Maha Penyayang,” ujarnya.

image is not available

Beliau turut berharap aktivis yang ditahan tanpa sah oleh rejim zionis sentiasa dalam keadaan selamat.

Difahamkan, Intan juga sanggup berjaga pada tengah malam semalam untuk mengikuti perkembangan terkini pelayaran GSF yang kini dilaporkan berada di zon merah.

Sumber: IG intannajuwa