Bukan urusan pihak luar! Johari yakin istana mampu selesaikan kemelut Negeri Sembilan

LocalPolitics
21 Nov 2026 • 4:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yakin pihak Istana Negeri Sembilan mempunyai pendekatan tersendiri untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda negeri itu tanpa memerlukan campur tangan pihak luar.

Wajar diserah sepenuhnya kepada pihak istana

Memetik laporan daripada Berita Harian, beliau menyatakan isu berkenaan kini sudah berada di peringkat istana dan wajar diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkenaan memandangkan ia membabitkan urusan serta bidang kuasa negeri.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memburukkan keadaan, apatah lagi kemelut berkenaan sudah berlarutan agak lama.

“Saya rasa perkara ini sudah sampai ke peringkat istana, tetapi saya percaya pihak istana di Negeri Sembilan akan menyusun strategi negeri mereka.
“Jadi, kita tidak payah campur tangan kerana itu adalah hak mutlak yang perlu dikendalikan oleh peringkat Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program TNB Santuni Komuniti Titiwangsa di Flat PKNS Jalan Tun Razak.

Perkara tersebut dinyatakan Johari ketika diminta mengulas pandangan sesetengah pihak yang mendakwa kegagalan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menyelesaikan kemelut berkenaan boleh menjejaskan keyakinan rakyat.

Image from: Bukan urusan pihak luar! Johari yakin istana mampu selesaikan kemelut Negeri Sembilan

Foto: Berita Harian

Tak mahu keruhkan keadaan

Terdahulu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan supaya Datuk Ismail Lasim meneruskan khidmat sebagai Menteri Besar bagi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri terus terpelihara.

Ismail, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh mengesahkan perkara itu selepas menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, kelmarin.

Dalam pada itu, Johari turut menyatakan keyakinan bahawa Tuanku Muhriz mampu merungkai kemelut berkenaan dengan sebaik-baiknya.

“Saya sebagai Naib Presiden UMNO tidak mahu mengeruhkan suasana.
“Perkara ini pun sudah terlalu lama dan saya rasa Tuanku Muhriz boleh menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Image from: Bukan urusan pihak luar! Johari yakin istana mampu selesaikan kemelut Negeri Sembilan

Foto: FB Johari Abdul Ghani

Sumber: Berita Harian (Essa Abu Yamin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved