“Bukan VVIP Pun Tak Mengapa, Yang Penting Bukan Suami Orang” – Abby Abadi

Entertainment
25 Aug 2025 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi dikenali ramai iaitu Abby Abadi tampil memuat naik satu hantaran yang ditujukan untuk anak perempuannya, Marissa Dania Hakim hingga menarik perhatian ramai.

Abby mahu Marissa undur diri

Hal yang menjadi perhatian ramai apabila Abby membalas komen seorang netizen yang mengatakan Marissa boleh mendapatkan lelaki yang lebih berkelas tinggi.

Bukan VVIP pun tak mengapa, yang penting bukan suami orang.

image is not available

Malah, penyanyi itu menyokong netizen yang mengatakan Marissa patut membiarkan Aslam bahagia bersama isteri pertama, Umisya dan anak-anak.

Tak dapat terima keputusan anak kahwini lelaki berstatu suami orang

Balasan komen itu sudah menggambarkan bahawa Abby tidak berapa menerima keputusan anaknya mengahwini Aslam yang merupakan lelaki berstatus suami serta bapa seseorang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

Sekadar info, April lalu, Abby lantang bersuara di media sosial dengan menyangkal kenyataan Aslam yang berkata dirinya sudah membuat permohonan maaf secara peribadi terhadapnya sebelum ini.

image is not available 2025-08-25 09:12:28

Beri 'Hint' Agar Berpisah, Abby Abadi Fikirkan Kebahagiaan Marissa Dania - "Biarlah Komen Netizen Mewakili.."