Tak VVIP pun takpe, yang penting bukan suami orang – Abby Abadi

LocalFamily & Parenting
25 Aug 2025 • 2:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi menuai perhatian ramai apabila berkongsi beberapa tangkap layar komen netizen berhubung rumah tangga anaknya, Marissa Dania.

Paling penting bukan suami orang

Instagram will load in the frontend.

“Selamat malam dunia tipu-tipu. Semoga ada yang lebih baik menanti esok hari,” kata Abby di Instagram, semalam.

Dalam pada itu, Abby juga turut berkongsi semula komen yang ditinggalkan olehnya buat netizen yang mempersoalkan pilihan Marissa dalam mencari suami.

“Tak perlu VVIP pun tak mengapa, yang penting bukan suami orang, buang masa dan rugikan diri sendiri,” jelasnya.

image is not available

Bekongsi lanjut, Abby tidak mahu bercerita lebih banyak berkaitan isu rumah tangga anaknya, cukuplah sekadar berkongsi komen netizen untuk menyampaikan segala yang terbuku di isi hatinya.

“Rasanya banyak yang mahu diceritakan tapi cuma boleh berkata, biarlah komen-komen ini mewakili,” tambahnya lagi.

image is not available

Terdahulu, Marissa menjadi bualan ramai setelah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023. Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Sumber: Instagram Abby Abadi