Bukit Aman panggil enam petugas radio Era FM termasuk tiga DJ

LocalPolitics
5 Mar 2025 • 11:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bukit Aman panggil enam petugas stesen radio Era FM bagi merakam percakapan berhubung siasatan mengenai dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata enam individu termasuk tiga penyampai radio akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 11 pagi ini.

Bukit Aman panggil enam petugas

image is not available

“Mereka akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Setakat ini, sebanyak 44 laporan polis diterima di seluruh negara membabitkan isu terbabit,” katanya.

Difahamkan, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tiga penyampai radio Era FM sebelum ini telah memohon maaf selepas tularnya video yang didakwa mempersenda tarian Kavadi dalam kepercayaan Hindu.

Bukit Aman panggil enam petugas

image is not available

Tarian yang sinonim dengan upacara suci Thaipusam itu dilakukan oleh salah seorang penyampai sambil menyebut ‘Vel Vel’, diikuti dengan gelak tawa.

Video tersebut menimbulkan kemarahan Timbalan Presiden MIC merangkap Ahli Parlimen Tapah, M. Saravanan, yang menuntut permohonan maaf terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen radio Era FM.

Ketiga-tiga penyampai radio berkenaan telah digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan terhadap isu ini.

image is not available

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)