Bukit Aman siasat video pementasan didakwa persenda Rukun Negara

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 2:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Bukit Aman siasat video pementasan didakwa persenda Rukun Negara

SHAH ALAM, 19 SEPT: Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman akan menjalankan siasatan berhubung video sebuah pementasan yang didakwa mempersendakan Rukun Negara, yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata laporan pertama dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak kira-kira jam 8.30 malam selepas rakaman itu tersebar di media sosial, lapor Harian Metro.

"Ya, saya sahkan laporan pertama berhubung kes ini dibuat bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, namun siasatan kes akan dijalankan USJT, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

"Kita menjangkakan ada beberapa lagi laporan lain yang dibuat di seluruh negara dan akan dirujuk kepada laporan asal di Wangsa Maju," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Beliau turut menjangkakan lebih banyak laporan dibuat di seluruh negara berhubung isu sama dan kesemuanya akan dirujuk kepada laporan asal di Wangsa Maju.

Terdahulu, tular video sebuah pementasan dengan beberapa pelakon mempersendakan institusi Raja dan Rukun Negara dengan bacaan setiap prinsip diselangi sindiran sinis.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan memaklumkan rakaman berkenaan merupakan pementasan pada 2018, yang kembali tersebar di media sosial, baru-baru ini.

SKMM turut mengenal pasti beberapa akaun media sosial dan individu yang dikaitkan dengan penyebaran video berkenaan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang meminta polis dan SKMM menyiasat video berkenaan secara menyeluruh serta mengambil tindakan jika melanggar undang-undang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved