MCMC siasat video pementasan 2018 hina Rukun Negara kembali tular

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 11:44 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MCMC siasat video pementasan 2018 hina Rukun Negara kembali tular

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti beberapa akaun media sosial dan individu berkaitan video pementasan yang kembali tular serta didakwa mengandungi kandungan menyentuh institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara.

MCMC menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan berhubung video berkenaan yang kini tersebar di media sosial.

“Semakan awal mendapati, rakaman tersebut berasal daripada sebuah pementasan pada 2018 yang kini kembali disebarkan di media sosial.

“MCMC telah mengenal pasti beberapa akaun media sosial dan individu berkaitan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut MCMC, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melengkapkan siasatan, termasuk berkaitan bukti digital.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan mengenai individu yang dikaitkan dengan video tersebut bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses siasatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah video pementasan mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, negara Malaysia serta Rukun Negara tular dalam media sejak semalam.

Video itu menimbulkan kemarahan banyak pihak yang mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan segera dan tindakan tegas diambil terhadap individu terlibat. – UTUSAN

The post MCMC siasat video pementasan 2018 hina Rukun Negara kembali tular appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved