Bukti bakat badminton negara belum tandus

19 Oct 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bukti bakat badminton negara belum tandus

PENANTIAN 34 tahun Malaysia untuk merangkul gelaran beregu wanita pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia akhirnya berakhir apabila Low Zi Yu-Genevie Lim muncul juara selepas menewaskan wakil Jepun dalam aksi final di Kaherah, Mesir, kelmarin.

Pasangan pilihan kedua itu terpaksa mengharungi pertarungan tiga set sebelum menundukkan Nijika Kamata-Shizuku Kashio 15-7, 9-15, 15-12 untuk menghadiahkan pingat emas bersejarah buat negara.

Kejayaan itu turut menjadi detik istimewa buat Zi Yu yang akhirnya menebus kekecewaan dua edisi terdahulu apabila gagal meraih gelaran juara meskipun berjaya melangkah ke final pada 2024 dan 2025 bersama pasangan berbeza.

Pemain berusia 16 tahun kelahiran Segamat, Johor itu mengakui kejayaan kali ini cukup bermakna selepas dua percubaan sebelumnya berakhir dengan pingat perak.

“Gembira sangat, kali ini saya dapat pingat emas, tetapi pada set terakhir tadi saya sangat gementar dan menyangka saya akan memperoleh pingat perak ketiga di Kejohanan Remaja Dunia.

“Saya sangat bertuah kerana akhirnya dapat memenangi pingat emas ini untuk negara,” kata Zi Yu selepas perlawanan.

Genevie turut mengakui tekanan semakin dirasai ketika perlawanan berlanjutan ke set penentuan, terutama apabila mereka berdepan ancaman lawan yang semakin menghampiri mata kemenangan.

“Saya berasa sangat gementar kerana tidak mahu mendapat satu lagi pingat perak dan apabila perlawanan berlanjutan ke set penentuan, itulah bahagian paling kritikal.

“Memang banyak kebimbangan yang saya rasakan, terutama apabila kami mempunyai beberapa mata perlawanan tetapi lawan semakin menghampiri,” kata Genevie.

Namun, pasangan negara itu berjaya mengawal tekanan pada saat penting untuk memastikan kemenangan 15-12 dalam set ketiga, sekali gus melakar sejarah sebagai beregu wanita Malaysia pertama yang menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1992.

 

The post Bukti bakat badminton negara belum tandus appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved