“Bukti lelaki setia satu wanita wujud” – Netizen Cair Tengok Video ‘Sweet’ Warga Emas Tonton Game Bola Sepak

Entertainment
14 Sep 2023 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mempunyai pasangan hidup yang setia dengan kita hingga ke akhir hayat pastinya sesuatu perkara yang diidamkan oleh semua insan. Dengan banyak kes berkaitan kecurangan dan pergolakan rumah tangga berlaku sejak akhir ini, pasti ia serba sedikit memberikan kesan dalam kepercayaan terhadap pasangan atau bakal pasangan kita.

Namun begitu, satu video daripada TikTok ini bakal mengubah semula anggapan kita bahawa lelaki yang jujur dan setia pada satu pasangan itu masih wujud dan pasti ramai yang akan rasa cemburu apabila melihatnya.

Dalam video yang telah meraih 279K jumlah tontonan dalam masa 15 jam dimuat naik, ia memperlihatkan pasangan warga emas menonton perlawanan bola sepak, pemilik video merakam aksi manis mereka berdua ketika menonton perlawanan itu. Mereka dilihat begitu mesra sampaikan ada main cak cak dengan pasangannya.

Pastinya ia mengundang pelbagai reaksi netizen, sudah semestinya ramai yang memuji bahkan cemburu melihat kemesraan pasangan ini sampaikan ada yang merancang nak pindah planet! Mereka akui bahawa memang susah nak jumpa lelaki yang sehebat ini pada zaman sekarang.

Pun begitu, masih ada yang memberikan andaian yang kononnya pakcik tersebut bersama isteri kedua atau pasangan ini baru sahaja berkahwin.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada-ada je la yang komen lain tu, tak apalah kita doakan semoga mereka berbahagia ke akhir hayat dan mereka yang masih single dan bakal berkahwin, semoga anda akan jadi macam ni juga, Insya-Allah, Ameen.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.