‘Bukti perpaduan rakyat Sabah amat subur’

LocalPolitics
18 Feb 2024 • 2:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Kehadiran 3,000 rakyat pelbagai kaum dan agama yang memeriahkan majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), di sini, menjadi bukti perpaduan rakyat negeri ini amat subur.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, sikap saling menghormati terhadap perbezaan budaya merupakan elemen penting yang perlu dikekalkan rakyat agar perpaduan indah ini terus berkekalan.

“Sambutan majlis ini sangat meriah apabila perayaan yang disambut kaum Tiong Hua turut dihadiri Masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam suasana harmoni,” katanya yang hadir mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk merasmikan majlis itu, di Dewan Lau Gek Poh, di sini pada Sabtu.