


Untuk memulakan cerita, kawan aku, seorang lelaki berbangsa India mensyaki rumahnya telah disihirkan.
Untuk upacara membersihkan rumahnya, aku dijemput untuk menyaksi seorang pendeta yang dibayar dia untuk menghalau benda halus dirumahnya. Seperti biasa, persembahan telah disediakan iaitu kemenyan, sepinggan sirih yang mengandungi sirih, pinang, kapur, rokok nipah, dan tembakau, nasi kunyit, colok, dan sebagainya.
Semasa di rumah dia, kami semua duduk dan berdoa dalam Bahasa Sanskrit kerana mengikut agama Hindu. Tiba-tiba, kami semua terasa suatu perasaan yang tidak enak dan penuh dengan kemarahan. Kawan India saya itu dengan tiba-tiba berdiri, dengan hentakan kaki yang kuat menuju ke belakang rumah dan merokok.
Sepatutnya tidak boleh sebab kami sebenarnya berada dalam kawasan pagar. Pendeta itu pun membawa saya ke dalam sebuah bilik. Ketika dalam bilik tersebut, saya memang diselubungi dengan perasaan takut yang amat. Biarpun bilik tersebut hanya ada katil, almari, dan peralatan biasa. Apabila kawan saya itu sudah siap rokok, dia ceritakan yang bilik itu milik bonda dia. Kami pun balik ke lingkaran pagar yang dibina.
Tidak lama kemudian, pendeta tersebut pun membaca mantra yang dikatakan untuk menyeru Dewi Mahakali. Dewi Mahakali ialah Dewi yang kuat dan berkebolehan memusnahkan semua kejahatan. Dewi pun merasuki badan pendeta tersebut dan membawa sebilah pisau kecil. Dia pun menuju ke bilik tadi. Sesampai ke bilik tersebut, pendeta tersebut bertindak liar dan menusuk tangannya menggunakan pisau itu. Darah mengalir dengan banyak. Dia gunakan darah itu lalu menyapukan pada muka dia.
Selepas itu, dia menyapukan darah itu disekeliling bilik lalu menyepak almari sampai pintunya pecah. Dia juga menyepak sebuah pintu yang berhubung ke bilik lain. Selepas melakukan semua itu, Dewi Mahakali pun keluar Dari badan dia dan pendeta itu pengsan. Tanpa membuang masa, kami pun cari almari yang disepak. Alangkah terkejut apabila kami menjumpai buku penuh dengan jampi dan mantra yang digunakan untuk menundukan orang.
Di bilik sebalik pintu disepak pula, kami menemui lebih dari 20 botol minyak jampi. Yang hairannya kawan saya tu tak pernah jumpa pun benda-benda tersebut sebelum ini. Selepas ditanya dan selidik, semua itu milik mendiang ayah kawan saya. Dan kalau tidak dicari, tidak mustahil boleh jadi saka dan memudaratkan. Semua barang itu telah pun dilupuskan.
Namun ada tempias juga. Jubin lantai rumah dia tiba-tiba pecah selepas 3 hari. Apa-apapun, segala sudah selesai.

Hantar artikel/video berkaitan #KisahSeram dan berpeluang menangi hadiah sebanyak RM5,500! Ketahui lebih lanjut di sini.
kvoon adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
.png)



