Bulan Berada Pada Titik Paling Dekat Dengan Bumi 2 Mac Ini

WorldSpace
26 Feb 2025 • 11:43 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bulan Berada Pada Titik Paling Dekat Dengan Bumi 2 Mac Ini

Bulan dijangka berada di titik paling dekat dengan Bumi di orbit pada bulan Mac ini.

Menerusi hantaran Planetarium Negara di Facebook, fenomena yang dikenali sebagai Perigee akan berlaku pada 2 Mac 2025, kira-kira jam 5:18 pagi.

Difahamkan, Bulan berada pada jarak kira-kira 361,967 kilometer (km) dari Bumi ketika fasa Perigee sedang berlaku.

Selain itu, fenomena Apogee atau kedudukan Bulan berada pada titik paling jauh dari Bumi di orbit turut dijangka berlaku pada 18 Mac 2025, kira-kira jam 12:37 pagi.

Planetarium Negara berkata, kedudukan Bulan pada fasa Apogee pula akan berada pada jarak kira-kira 405,754 kilometer (km) dari Bumi.

Maksud di sebalik fenomena Apogee & Perigee

Menurut portal National Geographic, Bulan di posisi Perigee bermaksud Bulan berada pada titik paling hampir dari Bumi. Manakala di posisi Apogee bermaksud Bulan berada pada titik paling jauh dari Bumi.

Di dalam satu-satu tahun, jarak perigee dan apogee berbeza-beza di antara satu sama lain.

image is not available

Sekiranya bulan purnama berlaku hampir sama waktu dengan ketika di posisi Perigee, ia dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee ataupun kini dikenali sebagai supermoon atau full supermoon.

Berdasarkan data astronomikal, full supermoon berlaku tiga atau empat kali setahun, manakala micromoon menyumbang kepada dua atau tiga kitaran penuh bulan.

Paras air laut turut berkaitan dengan fenomena ini

Menurut portal Fox Weather pula, istilah supermoon dan micromoon bukanlah sebahagian daripada mana-mana istilah saintifik rasmi.

Namun begitu, kedua-dua istilah berkenaan telah digunakan secara meluas dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk menggambarkan peristiwa cakerawala.

Fenomena supermoon dan micromoon yang berlalu akan memberikan kesan secara langsung kepada aktiviti pasan surut air laut.

Semasa fasa supermoon, tarikan graviti Bulan akan meningkat yang menyebabkan kenaikkan kejadian air pasang surut.

Paras air yang meningkat dalam fasa supermoon disebut King Tides dan boleh menyebabkan banjir di sepanjang pantai dan laluan air.

Manaka ketika fasa micromoon pula, tarikan graviti Bulan akan berkurangan hingga menyebabkan julat kejadian air pasang surut menurun di bawah paras purata.

https://www.facebook.com/planetariumnegara/posts/pfbid0GsWD62FNo889smd3q3ehyrvv9c2G5PjYw8HAAtBBnf4hYA9sjJkahbqgyez3xHHjl