Bulan milik Amerika – Presiden Trump

WorldPolitics
8 Sep 2026 • 11:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bulan milik Amerika – Presiden Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump meluangkan cuti Hari Pekerja dengan membanjiri akaun Truth Social miliknya dengan imej janaan kepintaran buatan (AI) tentang menakluki kedua-dua Bumi dan angkasa lepas, lapor akhbar New York Post.

Trump semalam menyiarkan peta Amerika Utara, di mana kedua-dua Kanada dan Mexico digabungkan dalam Amerika Syarikat dan dilorekkan dengan bintang serta  jalur.

Beliau memuat naik beberapa hantaran mencadangkan negeri New Mexico dinamakan semula sebagai  New America.

 Hantaran tersebut memaparkan pelbagai peta yang mengandungi nama baharu itu.

Dalam satu lagi hantaran, Trump menuntut Bulan untuk Amerika Syarikat.

Presiden itu memuat naik kira-kira 40 hantaran dalam tempoh 10 jam kelmarin  sebelum meneruskannya semula keesokan  harinya,  mengekalkan aliran propaganda AI yang menyentuh pelbagai topik.

“Saya telah menjana beratus-ratus bilion dolar daripada saham, dan banyak lagi pegangan jenis lain untuk Amerika Syarikat, bukan diri saya sendiri, dan apa yang saya dapat hanyalah kritikan daripada  (pemimpin-pemimpin) Demokrat Kiri Radikal yang bodoh,” kata Trump dalam hantaran itu.

Presiden berusia 80 tahun itu kerap menggunakan akaun media sosialnya, Truth Social  untuk menyampaikan idea, menyerang pengkritiknya atau sekadar menyiarkan perkara yang beliau rasa menarik atau menghiburkan. – AGENSI 

The post Bulan milik Amerika – Presiden Trump appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved