Dakwa AS campur tangan: PDRM terima 12 laporan, panggil Abdul Hadi dalam masa terdekat

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 9:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dakwa AS campur tangan: PDRM terima 12 laporan, panggil Abdul Hadi dalam masa terdekat
M Kumar dan Hadi Awang (kanan)

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 12 laporan berhubung dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan pada 2014.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, seramai 12 saksi telah dirakam percakapan.

Menurutnya, rakaman percakapan Abdul Hadi akan diambil dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan siasatan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

"Masyarakat juga digesa untuk menggunakan platform media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu berkaitan kenyataan yang boleh menyebabkan kegusaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan Abdul Hadi sedia memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung dakwaannya mengenai campur tangan AS dalam usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dilaporkan berkata, pihak Bukit Aman sudah menghubungi mereka susulan beberapa laporan polis dibuat berhubung dakwaan berkenaan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved