Kecoh Ada Laporan Polis Tentang ‘Influencer Agama’, Caprice Dedah Perbualan WhatsApp?

Entertainment
31 May 2024 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial berkenaan seorang influencer agama yang didakwa terlibat dengan kes gangguan seksual.

Terbaru, pihak polis mengeluarkan kenyataan berkenaan kes tersebut, ia membabitkan seorang content creator lelaki berusia 27 tahun yang didakwa melakukan panggilan video berbaur lucah.

Pengadu yang berusia 24 tahun itu mendakwa dia menerima panggilan itu ketika berada di rumahnya di Taman Melewar, Kuala Lumpur daripada suspek yang sudah dikenalinya sejak awal bulan Mei.

image is not available

“Pada 29/05/2024, jam lebih kurang 2.25 petang pihak polis telah berjaya menahan suspek seorang lelaki Melayu berumur lebih kurang 27 tahun bagi siasatan lanjut.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta kesalahan Kecil 1955,” tulisnya.

Dalam hantaran terbaru aktivis dan rapper terkenal, Caprice, terdapat seoraang lagi individu yang mendakwa dirinya juga mangsa influencer yang sama.

image is not available image is not available image is not available

Dalam pendedahan Caprice itu, difahamkan influencer tersebut mengajak mangsa untuk check in di hotel ketika bulan puasa.

Lebih menakutkan, mangsa juga mendakwa dia ingin mendekati influencer tersebut kerana ingin berubah ke arah kebaikan namun lain pula jadinya.

Alamak, lain macam ni…

Sumber: Instagram, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.