Bulan Ramadhan/#RAYA2023

29 Mar 2023 • 10:14 PM MYT
Nor Hafiza Abd Hamid
Nor Hafiza Abd Hamid

Seorang surirumah sepenuh masa yang ada 3 anak, dan suka memasak & membaca

Image from: Bulan Ramadhan/#RAYA2023
Ahli Keluarga berkumpul dipagi Raya🫰🤭🥰🥰🥰 Sumber gambar: nor hafiza abd hamid

Ketibaan Bulan Ramadhan sangat dinanti oleh Umat Islam Seluruh Dunia. Tidak ketinggalan dengan saya jugak..Pengalaman beepysa disamping keluarga sangat bermakna bagi saya. Tiba bulan Ramadhan, selain dapat berbuka puasa bersama keluarga, pelbagai juadah hidangan dapat dinikmati.

Banyak bazar-bazar Ramadhan yang dibuka dan menjual pelbagai Jenis juadah serta hidangan. Mesti teruja nak membelinya dan merasai. Bukan sahaja orang Islam, malah kaum Cina, India dan sebagainya jugak turut berkunjung ke Bazar Ramadhan. Aneka Jenis kuih-muih dan lauk -pauk boleh dibeli.

Satu suasana yang sangat Indah Dan menarik. Dirumah pulak kita boleh bergotong-royong memasak juadah dan masakan untuk berbuka puasa beramai-ramai. Satu kenangan yang sangat Indah Dan tak dapat dilupakan..♥️🥰🥰🥰🥰

Dimakan Hari kita boleh Sembahyang terawih diMasjid. Aktiviti ini hanya sebulan dalam setaun..Jadi setiap Umat Islam hendaklah berebut peluang untuk berterawih. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia Dan penuh keberkatan. Bila menjelang Hari Raya, semua orang sibuk menyiapkan Persiapan Hari Raya, seronok kerana semua kerja dilakukan secara bergotong-royong.

Ada yang pasang langsir,ada yang isi kuih Raya dalam balang,ada yang memasak untuk juadah dipagi Raya..Macam-macam lagi la..Kenangan yang sangat Indah...Pengalaman saya berhari Raya sangat menarik kerana dapat berkumpul dengan ahli keluarga..Malam sebelum Hari Raya dapat tengok suasana bermain bunga api Dan mercun, sangat meriah.

Pagi Hari Hari dapat bersembahyang Raya di Masjid. Kemudian ziarah Kubur saudara-mara Dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. Kemudian Saling salam-bersalaman memohon kemaafan dan yang paling seronok bagi kanak-kanak ialah pemberian sampul duit Raya.

Aktiviti kunjung-mengunjung sanak -saudara jugak tak dilupakan sambil ziarah pasti bawak buah tangan buat saudara Dan kawan-kawan ...Sambil makan-makan,sembang-sembang satu memori yang begitu Indah. Bukan senang hendak berkumpul semua kerana Masing-masing ada komitment yang lain...Jadi masa yang ada digunakan sepenuhnya.

Setiap tahun saya pasti merayakan ketibaan Bulan Ramadhan Hari Raya dengan penuh kesyukuran..🤲🤲🤲🕌🕌🕌🕌♥️♥️♥️🥰🥰.Salam Ramadhan Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Seluruh Umat Islam didunia..Semoga Kita semua Sentiasa dilindungi Dan diberi kesihatan yang baik. 🕌🕌🕌🕌🕌🌙🌙🌙🌙🌙

Ahli keluarga berkumpul,bersembang Dan makan-makan. Sumber: Nor hafiza abd hamid

Image from: Bulan Ramadhan/#RAYA2023
Bazar Ramadhan. Sumber gambar: Nor hafiza abd hamid

Image from: Bulan Ramadhan/#RAYA2023
Aneka Jenis biskut Raya. Sumber gambar: Nor hafiza abd hamid

Image from: Bulan Ramadhan/#RAYA2023
Biskut Raya,Blueberry Tart. Sumber gambar: Nor hafiza abd hamid


Image from: Bulan Ramadhan/#RAYA2023
Hantar artikel/video berkaitan #RAYA2023 dan menangi hadiah wang tunai sebanyak RM8,000! Ketahui lebih lanjut di sini.


Nor hafiza abd hamid adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.