Buli: Enam Pelajar Tingkatan Lima MRSM Di Melaka Digantung, Cadang Dibuang
KUALA LUMPUR — Enam pelajar Tingkatan Lima di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Melaka digantung dan dicadangkan dibuang selepas didakwa terlibat dalam kejadian buli.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman sosial Facebook rasmi milik beliau hari ini.
“Pagi-pagi lagi ramai tag perihal insiden buli yang berlaku di salah sebuah MRSM di Melaka. Terus saya minta laporan dari pengurusan MARA.
“6 pelajar T5 terlibat buli digantung dan dicadang untuk dibuang. Tak perlu merayu. #YouTouchYouGo,” katanya dalam kenyataan tersebut.
https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/pfbid0T2LgWFtzEKK84HWKaDiBM8g2KiZHYGheH2xQVpMGsBRdQLzMA1ZZZVNYjNArNMF8l
Beliau dalam ruangan komen turut menegaskan bahawa pihak pengurusan MARA tidak melayani sebarang rayuan melibatkan kes buli.
“Saya sudah tegaskan kepada pihak pengurusan MARA, bahawa jangan dilayani sebarang rayuan. Bahkan tidak perlu juga bersusah payah nak berjumpa saya untuk merayu.
“Sudah banyak kali diperingatkan bahawa MARA tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk BULI.
“Yang kita nak lahirkan generasi pemimpin berakhlak dan beradab bukan petualang yang meranapkan nilai keagamaan dan ketamadunan.
“Saya berazam menjadikan MRSM dan institusi-institusi Pendidikan MARA sebagai zon Bebas BULI, insyaAllah,” katanya lagi.
Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
The post Buli: Enam Pelajar Tingkatan Lima MRSM Di Melaka Digantung, Cadang Dibuang appeared first on Siakap Keli.

![[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina, ini yang anda perlu tahu](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)



