“Pagi-pagi lagi ramai dah tag saya perihal insiden buli di sebuah MRSM di Melaka”- Dr Asyraf Wajdi

Entertainment
26 Jul 2025 • 2:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial pendedahan seorang remaja kisah dia dibuli ketika bergelar pelajar di sebuah sekolah Maktab Rendah Sains Mara atau MRSM di Melaka.

image is not available

Terkini, pengerusi MARA iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook memaklumkan bahawa enam orang pelajar Tingkatan 5 yang terlibat dengan kes tersebut telah pun digantung oleh pihak sekolah berkenaan.

Difahamkan, beliau telah pun dimaklumkan mengenai kejadian buli tersebut menerusi media sosial sejurus kejadian tersebut tular.

image is not available

Bukan hanya digantung, malah keenam-enam pelajar yang terlibat dengan kes buli itu juga dicadangkan untuk dibuang dari sekolah tersebut.

Dr Asyraf Wajdi turut menegaskan kepada pihak pengurusan MARA agar tidak melayani sebarang permohonan untuk keluarga pelajar-pelajar yang terlibat kes buli yang mahu membuat rayuan.

Ini kerana pihak MARA tidak lagi akan berkompromi dengan kes sebarang bentuk perbuatan buli.

image is not available

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.