Buli Siber Di Malaysia, Membawang Di WhatsApp Boleh Jadi Jenayah Dan Naik Mahkamah

14 Jul 2024 • 1:31 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ancaman serius di media sosial perlu ditangani segera

Buli Siber Di Malaysia, Membawang Di WhatsApp Boleh Jadi Jenayah Dan Naik Mahkamah. Pada tahun 2020, Malaysia menduduki tempat kedua di Asia bagi kes buli siber atau budaya ‘membawang’ yang tinggi. UNICEF melaporkan bahawa satu pertiga daripada remaja Malaysia pernah ‘diganggu’ secara dalam talian.

Budaya ‘mengusik’ atau ‘membawang’ ini boleh membawa kesan buruk, termasuk kehilangan nyawa, seperti yang berlaku kepada seorang pempengaruh di platform penstriman video sebelum ini, menurut sumber.

image is not available
Buli Siber Di Malaysia, Membawang Di WhatsApp Boleh Jadi Jenayah Dan Naik Mahkamah

Kebebasan bersuara di media sosial telah melahirkan ramai pahlawan papan kekunci (keyboard warrior) yang sering menggunakan kata-kata kesat. Walaupun hanya perkataan, ia boleh melukai lebih teruk daripada senjata tajam. Penggunaan akaun palsu membolehkan pengguna bertindak sesuka hati tanpa risiko hukuman.

Mangsa buli siber mungkin mengalami tekanan yang boleh menyebabkan masalah mental seperti kemurungan dan kebimbangan. Dalam kes yang lebih serius, ia boleh menjadi jenayah jika melibatkan ugutan. Pesalah boleh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kesan bburuk membawang di media sosial, dari tekanan hingga kehilangan nyawa

Satu kes terbaru melibatkan seorang pempengaruh yang dipercayai membunuh diri akibat ugutan di media sosial. Polis telah menahan suspek yang dipercayai menjadi punca tragedi tersebut.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, akan membentangkan isu ini dalam mesyuarat Kabinet untuk mencari penyelesaian, termasuk aspek undang-undang dan penguatkuasaan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah meminta laporan mengenai insiden ini.

image is not available

Fahmi juga menyatakan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengubah undang-undang sedia ada dan mendakwa mereka yang terlibat dalam kematian mangsa. Beliau juga mengingatkan rakyat tentang titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menggesa rakyat untuk tidak menyalahgunakan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib orang lain.

Baca juga artikel yang berkaitan: