“Mula Dah Blur Dia, Menari TikTok Ok” – Hadir Ke Mahkamah Untuk Kes Pukul Bekas Isteri, Riak Wajah Hafidz Roshdi Jadi Perhatian

Entertainment
12 Jul 2024 • 11:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelakon Hafidz Roshdi menjadi perhatian ramai selepas bekas isteri, Nur Shuhadah menunjuk bukti foto muka dipukul oleh aktor terbabit.

Hari ini, kelibat Hafidz Roshdi bersama isteri, Athirah Yuhada dan ibu bapanya kelihatan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi sebutan kes tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Kelihatan di video yang dimuat naik oleh sebuah portal di Instagram, Hafidz berjalan bersama isteri disisi dan hal itu telah menarik perhatian netizen, di mana ramai yang mula pertikaikan raut wajah lelaki terbabit.

Menurut netizen, apabila tiba saja di mahkamah, Hafidz Roshdi akan mula membuat dirinya seolah-olah tidak bersalah dan raut wajah yang ‘kosong’.

image is not available

Sekadar info, Hafidz Roshdi beberapa bulan lalu memaklumkan dirinya mempunyai masalah kesihatan mental, Bipolar sejak tiga tahun lalu.

image is not available 9 months ago

"Saya Perlu Dapatkan Rawatan & Preskripsi Ubat" - Hafidz Roshdi Hidap Bipolar Sejak Tiga Tahun Lalu