Buli: Tujuh pelajar sekolah menengah di Kajang dikenakan tindakan disiplin

17 Apr 2026 • 10:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Naazron Abdul Yusof Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tujuh pelajar sekolah menengah di Kajang dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah, selepas dikesan terlibat dalam kejadian buli lisan yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 47 saat, yang memaparkan sekumpulan pelajar didakwa melakukan perbuatan buli secara lisan terhadap seorang pelajar perempuan.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 11.30 pagi semalam melibatkan tujuh pelajar daripada kelas berlainan, namun setakat ini tiada laporan polis diterima daripada mana-mana pihak.

"Rakaman tidak menunjukkan berlakunya sentuhan fizikal atau interaksi lisan yang bersifat agresif.

"Pihak sekolah bersama pegawai polis yang merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), telah mengadakan pertemuan dan libat urus bersama ibu bapa serta penjaga mangsa. Pihak sekolah juga telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap tujuh pelajar yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Yusof berkata, polis akan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dan memastikan tiada sebarang bentuk perlakuan yang boleh menjejaskan kesejahteraan pelajar, termasuk perkataan yang berpotensi mendatangkan gangguan emosi kepada mana-mana pelajar.

Terdahulu tular video menunjukkan beberapa pelajar lelaki dan perempuan sekolah menengah di Kajang menganggu seorang pelajar perempuan di dalam kelas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved