Rentas Sempadan Secara Haram, Pelajar Sekolah Berdepan Tindakan Mahkamah

LocalPolitics
14 Apr 2026 • 3:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Isu pelajar sekolah merentas sempadan secara haram di Sungai Golok, Rantau Panjang mencetuskan kebimbangan apabila mereka berdepan kemungkinan didakwa di mahkamah.

Memetik laporan daripada Berita RTM, Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat memaklumkan tindakan itu bergantung kepada keputusan pihak pendakwa.

Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan

Menurut beliau, seramai 34 pelajar ditahan dalam kejadian tersebut dengan 29 daripadanya berusia lebih 10 tahun, namun kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan diteruskan.


“Setakat ini, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan.
“Polis bertegas dalam hal ini kerana sebelum ini sudah ada kes membabitkan cubaan membawa masuk dadah ke negara ini menggunakan kanak-kanak bawah umur,” katanya.

Image from: Rentas Sempadan Secara Haram, Pelajar Sekolah Berdepan Tindakan Mahkamah

Tidak berkompromi terhadap kesalahan tersebut

Tambah beliau, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap kesalahan tersebut memandangkan laluan sah telah disediakan, namun masih ada pihak memilih jalan pintas atas alasan kos lebih rendah.

Situasi ini menimbulkan risiko keselamatan termasuk kemungkinan penyalahgunaan kanak-kanak oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Image from: Rentas Sempadan Secara Haram, Pelajar Sekolah Berdepan Tindakan Mahkamah

Dalam perkembangan lain, Mohd Yusoff turut memaklumkan seorang guru wanita berusia 57 tahun yang dipercayai merempuh dua pelajar sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar Tingkatan Satu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes tersebut dijangka dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas siasatan selesai.

Sumber: Berita RTM 

The post Rentas Sempadan Secara Haram, Pelajar Sekolah Berdepan Tindakan Mahkamah appeared first on Borak Daily.