Bumbung Apartment Putra Ria Di Bangsar Tercabut Diterbangkan Angin Ketika Ribut

26 May 2024 • 11:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Angin kencang di sekitar Kuala Lumpur petang Sabtu telah mengakibatkan banyak tempat terjejas kerana banyak juga pokok yang tumbang akibat ribut tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, bumbung apartment Putra Ria di Bangsar tercabut akibat diterbangkan angin kencang pada petang Sabtu.

Kepingan bumbung zink tersebut kemudiannya jatuh ke bawah apartment sebelum menimpa beberapa kereta penduduk yang diparkir di situ.

Kejadian bumbung apartment tercabut itu telah menjejaskan kira-kira enam unit rumah manakala tiga motosikal dan enam buah kereta juga rosak akibat terkena kepingan zink yang jatuh dalam kejadian itu.

Video kejadian bumbung tercabut itu sempat dirakam oleh penduduk di apartment itu sebelum ia dikongsikan semula di media sosial.

Dalam video yang berdurasi selama 30 saat itu, dapat dilihat bumbung itu tercabut sebelum jatuh ke bawah.

Kejadian angin kencang dan hujan lebat pada hari yang sama juga turut menjejaskan beberapa kawasan di dalam Universiti Malaya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.