Bumbung Bocor Terminal 1 KLIA Jadi “Waterpark”, Idea Lelaki Ini Dapat Sambutan Ramai

15 Nov 2025 • 2:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bumbung Bocor Terminal 1 KLIA Jadi “Waterpark”, Idea Lelaki Ini Dapat Sambutan Ramai

Kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) sering dikaitkan dengan penggunaannya dalam menambah ketangkasan dan penjimatan dalam sesuatu tugasan.

Tidak hanya memudahkan urusan di kaunter, malah kerja-kerja berat seperti di lapangan juga menjadi cepat berbanding ketika kerja-kerja dilakukan secara manual.

Namun siapa sangka, teknologi yang sama juga boleh digunakan untuk menghiburkan warga maya di kala berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka.

Baru-baru ini, warga maya digemparkan dengan beberapa rakaman video dan gambar yang menunjukkan berlaku kebocoran bumbung di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kejadian yang tidak disangka itu mendapat perhatian orang ramai sehingga mencetuskan ilham buat seorang warga tempatan yang berada jauh di Sarawak.

Seorang ahli kumpulan Facebook Prompters Malaya, Gohead Gaucho menggunakan peluang ini menjana beberapa rekaan ‘cadangan’ taman tema air dengan menggunakan AI.

Janaan gambar taman tema air itu menggunakan lokasi bumbung Terminal 1 KLIA yang bocor sebagai latar tempat.

“Ini contoh.

Ultimate design. Makan sate sambil sewa pelampung,” kongsi lelaki berkenaan.

image is not available
Kredit: Gohead Gaucho
image is not available
Kredit: Gohead Gaucho
image is not available
Kredit: Gohead Gaucho
image is not available
Kredit: Gohead Gaucho

Waterpark di KLIA, tindakan yang mengundang ‘bahaya’ buat pengunjung

Perkongsian kreatif itu turut mendapat perhatian berikutan kejayaan lelaki berkenaan mengubah satu kejadian yang serius kepada sesuatu yang menghiburkan.

Malah, koleksi gambar janaan AI itu turut membuatkan warga maya berimaginasi lebih jauh seandainya taman tema air itu benar-benar dibina.

“Sangat berbahaya tuan. Boleh menyebabkan ramai tertinggal penerbangan sebab ralit duk main,” seloroh warga maya.

“Menarik juga. Anak-anak tak bosan tunggu lama-lama. Idea yang sangat bagus,” puji seorang lagi.

“Ada had umur tak nak masuk taman air ini? Saya dah lama tak terjun tiruk,” ujar yang lain.