Bumi Berputar Lebih Laju 5 Ogos Ini, Hari Semakin Pendek?

WorldEnvironment
5 Aug 2025 • 2:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia bumi

Saintis antarabangsa mendedahkan bahawa hari ini, 5 Ogos merupakan antara hari paling pendek dalam sejarah. Bumi dikatakan berputar lebih laju daripada biasa dan masa sehari menjadi lebih singkat antara 1.25 hingga 1.51 milisaat.

Menurut laporan Kosmo, perkara itu disahkan oleh Perkhidmatan Sistem Putaran dan Rujukan Antarabangsa serta Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat yang menyatakan Bumi biasanya mengambil 86,400 saat untuk satu putaran penuh.

Hari ketiga terpendek tahun ini

image is not available

Menurut rekod, hari ini merupakan hari ketiga terpendek bagi musim panas ini, selepas 9 Julai dan 22 Julai lepas. Walaupun saintis masih belum pastikan sepenuhnya, tapi fenomena ini dipercayai berpunca daripada kedudukan Bulan.

Punca pecutan ini (Bumi) tidak dapat dijelaskan. Kebanyakan saintis percaya ia berkaitan sesuatu di dalam Bumi. Lautan dan model atmosfera tidak menjelaskan pecutan besar ini. – Leonic Zotov, Universiti Negeri Moscow

Saintis bimbang dunia akan hadapi hari 22 jam?!

image is not available

Lebih menakutkan, pakar berpendapat jika keadaan ini berterusan, kita mungkin akan hidup dalam hari berdurasi 22 jam! Perkara ini bukan sahaja boleh mengacau jam dalaman manusia, malah boleh menjejaskan cuaca global.

Akibatnya, jam manusia akan menjadi kucar-kacir, manakala satu hari 22 jam juga berpotensi menyebabkan corak cuaca berbahaya. Ia termasuk taufan lebih kuat dan lebih dahsyat. – Dr. Sten Odenwald, NASA

Apa maksudnya untuk kita?

image is not available

Walaupun kesan ini belum dirasai secara langsung, saintis tetap memantau situasi ini dengan serius. 

Dengan dunia kini semakin terdedah kepada perubahan iklim dan fenomena luar jangka, setiap perubahan kecil di angkasa boleh membawa impak besar kepada kehidupan manusia.


Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.