Bung gesa Kerajaan Sabah luluskan projek Mazu

29 Apr 2023 • 11:58 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap Kerajaan Sabah dapat meluluskan pembinaan projek Patung Mazu (Dewi Laut ) di Kudat.

Beliau percaya, projek itu mampu menyumbang ekonomi negeri, khususnya dalam sektor pelancongan dan pada masa yang sama memberi manfaat dari segi ekonomi kepada komuniti tempatan.

“Selepas siap nanti, Patung Mazu tertinggi di dunia ini mampu menjadi satu lagi daya tarikan pelancongan di Kudat selepas ‘Tip Of Borneo’ Simpang Mengayau.

“Patung ini sebenarnya tidak mengganggu kekhusyukan umat Islam beribadah atau menimbulkan senstiviti agama, apalagi merosakan aqidah.

SPONSORED CONTENT Increasing consumer awareness of Sabah’s chili brand in Singapore Kota Kinabalu: Borneo Hot Sauce, a maker of chilli sauce, wants to increase consumer awareness of its brand in Singapore after a good launch that saw 10,000 bottles sold in just six months. Read more “Perkara sama sudah berlaku di beberapa negeri, antaranya Kelantan dan Pulau Pinang, yang tidak pun menjejaskan kehidupan masyarakat islam di negeri berkenaan,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Bung, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, percaya patung Mazu setinggi 33 meter itu boleh menjadi ikon daerah Kudat dan menjadi tumpuan pelancong khususnya dari luar negara.

“Di China, berjuta pelancong datang ke tanah besar itu semata-mata ingin melihat patung Quan Yin. Jadi tidak mustahil Sabah juga akan menerima sejumlah besar pelancong dari luar negara setiap tahun.

“Jika kerajaan negeri melihat projek ini mampu menjana ekonomi negeri melalui sektor pelancongan, maka ia perlu diberikan pertimbangan sewajarnya.

“Ketepikan sentimen sempit yang menghalang gagasan Sabah Maju Jaya,” katanya.

Projek pembinaan Patung Mazu di Kudat dicadangkan hampir 20 tahun lepas oleh Ketua Menteri ketika itu, Tan Sri Chong Kah Kiat. Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Christina Liew melawat tapak itu dan menyatakan harapan supaya kerajaan memberi kelulusan untuk membangunkan semula projek itu.

Bagaimanapun, ia menerima tentangan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan, termasuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia).

“Apa saja konflik pada masa lepas boleh diselesaikan secara baik untuk manfaat rakyat Kudat dan ekonominya,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.