Bung letak jawatan Presiden Safa

Football
9 Jan 2023 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Datuk Seri Bung Moktar Radin melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) berkuat kuasa serta-merta selepas hampir dua tahun menerajuinya.

Beliau membuat pengumuman mengejut itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad dan berkata surat rasmi akan diserahkan kepada badan negeri itu tidak lama lagi.

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata peletakan jawatan itu adalah atas kehendaknya sendiri selain mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya politik.

Katanya, beliau amat berbangga dengan kemajuan di bawah kepimpinannya walaupun pasukan negeri gagal memenangi sebarang trofi pada musim 2022.

“Walaupun saya agak kecewa dengan pencapaian keseluruhan pasukan musim lalu, saya juga amat berpuas hati sedikit sebanyak saya berjaya membawa perubahan kepada pentadbiran dan kemajuan ketara yang dicapai oleh pasukan Sabah FC di bawah jagaan saya,” katanya.

Sabah menduduki tempat ketiga dalam Liga Super musim lalu dan berjaya mara ke separuh akhir saingan Piala Malaysia dan suku akhir Piala Liga.

Beliau turut menyeru semua pihak khususnya peminat agar meneruskan sokongan kepada penggantinya.

“Mengurus badan induk bola sepak bukanlah satu tugas yang mudah, saya terpaksa berdepan pelbagai cabaran dari segi kekangan masa dan mendapatkan sumber kewangan bagi meningkatkan mutu pasukan dan pembangunan sukan di negeri ini.

“Persatuan ini memerlukan sokongan daripada semua pihak terutama pemimpin dalam kerajaan negeri untuk membantu mereka bergerak ke hadapan,” katanya.

Untuk rekod, Bung telah dipilih sebulat suara oleh semua badan gabungan Safa dalam mesyuarat agung luar biasa yang diadakan pada Jun 2021 selepas dilantik sebagai pemangku Presiden pada Disember 2020 berikutan peletakan jawatan Datuk Peter Anthony.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.