Bung Moktar kurang sihat, kini dirawat di hospital

LocalPolitics
4 Dec 2025 • 5:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu.

Menurut sumber, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah dinasihatkan untuk berehat dan menjalani rawatan lanjut.

"Beliau sebelum ini, semasa kempen pilihan raya, sudah membuat pemeriksaan di hospital tetapi kini sedang menerima rawatan dan diminta diberi ruang untuk berehat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Sebelum itu, dalam satu hantaran di akaun Facebook BN Comms Sabah menzahirkan doa agar beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Hantaran yang dimuat naik kira-kira tiga jam lalu itu turut menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang sama-sama mendoakan kesihatan beliau.

"Semoga YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Amin," menurut hantaran tersebut.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan maklumat lanjut daripada Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin masih belum berhasil setakat ini.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved