“Bunga Pun Dibuang, Apatah Lagi Cincin” – Farid Kamil Dakwa Ada Orang Ketiga

Entertainment
28 Mar 2023 • 11:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
farid kamil

Bukan setakat bunga ros, pelakon Farid Kamil turut membawa sebentuk cincin untuk memujuk isterinya, Diana Danielle supaya kembali bersama. Cincin itu dibeli sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun ini.

Namun sayangnya, Farid memberitahu bunga tersebut telah dibuang. Lebih mengejutkan apabila pelakon ini mendakwa wujud orang ketiga dalam rumahtangga mereka.

Farid Kamil kata Diana buang bunga

Dakwanya, sebagai suami dia sudah menghidu perkara tersebut daripada tahun lalu. Apabila diminta penjelasan, isterinya dikatakan meminta untuk berpisah.

image is not available

Memetik sumber Harian Metro, Farid berkata, dia sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah tapi hari ini dia mendapati ada pihak ketiga yang menyokong Diana daripada belakang.

Saya sayangkan keluarga saya, saya tidak pernah lagi diuji sebegini. Saya baru mengesahkan mengenai hal ini hari ini tapi saya sudah maklum dari tahun lalu. Ia bukan masalah berlarutan cuma masalah ‘terkantoi’ baru-baru ini.

Jelas Farid lagi, dia perlu menyelamatkan rumah tangga demi dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.

Sehingga kini, Farid mendakwa sudah 23 hari tak dibenarkan bertemu anak dan telefon juga tak dibenarkan.

Kredit: Harian Metro | Official Hlive

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.