Farid Kamil bawa bunga, cincin ke mahkamah, Diana Danielle dakwa anak trauma

Entertainment
28 Mar 2023 • 1:01 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KEMELUT rumah tangga pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle menjadi perhatian ramai selepas Diana memfailkan permohonan cerai pada 20 Mac lalu.

Dalam perkembangan terbaru, Farid ketika muncul di mahkamah untuk proses lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini membawa sejambak bunga dan sebentuk cincin untuk diserahkan kepada Diana sebagai tanda pendamaian.

“Saya belikan cincin ini sebagai celebration anniversary ke-11 pada tahun ini. Tak adalah mahal sangat, tapi cukuplah,” kata Farid.

Dalam pada itu, portal media tempatan melaporkan pelakon itu mendakwa kewujudan orang ketiga sebagai pencetus kemelut rumah tangganya dan Diana sehingga aktres itu memfailkan penceraian.

Beliau bagaimanapun mengakui masih menyayangi Diana dan cuba memperbaiki hubungan mereka.

image is not available

Apabila ditanya Diana tentang dakwaan berkenaan kepada Diana, heroin Imaginur itu menjelaskan ia adalah fitnah manakala cincin yang dibawa Farid juga sebelum ini tidak pernah diberi dan dihilangkan oleh Farid lapan tahun yang lalu.

image is not available
Kredit foto: Media Mulia TV

Diana turut memaklumkan bahawa cahaya mata kedua mereka, Nur Aurora trauma apabila ditanya berkenaan Farid yang sudah 23 hari tidak berjumpa dengan anak-anak.

Terdahulu Diana memfailkan perceraian permohonan tersebut atas alasan tiada lagi persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan. Malah mereka juga dikatakan tidak tinggal sebumbung.

Pun begitu, pelakon Lagenda Budak Setan itu enggan melepaskan kerana masih sayangkan Diana.

image is not available

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.