Bunga Raya 7s dapat sentuhan Jepun sebelum Sukan Asia

11 Aug 2026 • 3:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bunga Raya 7s dapat sentuhan Jepun sebelum Sukan Asia

SETIA ALAM: Impian skuad ragbi tujuh sebelah kebangsaan Bunga Raya 7s untuk tampil lebih mantap di Sukan Asia ke-20 mendapat suntikan apabila mereka bakal menjalani latihan bersama kelab profesional Jepun, Shizuoka BlueRevs.

Peluang itu hadir menerusi kerjasama yang menyaksikan pasukan lelaki dan wanita negara akan berkunjung ke Iwata, Shizuoka bagi menjalani persiapan terakhir sebelum berdepan cabaran di pentas Asia.

Lebih menarik, Bunga Raya 7s berpeluang menggunakan kemudahan latihan milik kelab yang beraksi dalam Japan Rugby League One itu sambil menimba pengalaman daripada persekitaran ragbi profesional Jepun.

Program berkenaan dijangka memberi pendedahan berharga kepada pemain negara untuk melihat sendiri tahap disiplin, corak latihan serta budaya kerja yang menjadi antara kekuatan ragbi Jepun.

Shizuoka BlueRevs pula bukan calang-calang kelab apabila memiliki sejarah 42 tahun sejak ditubuhkan sebagai Yamaha Motor Rugby Club dan pernah muncul juara Kejohanan Kebangsaan Jepun pada 2014.

Dalam perkembangan sama, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) meneruskan sokongan kepada Bunga Raya 7s untuk tahun kedua berturut-turut dengan sumbangan RM200,000 bagi membantu persiapan pasukan menghadapi Sukan Asia di Jepun.

Sokongan itu turut memberi ruang kepada program pembangunan akar umbi diteruskan, selari dengan usaha Malaysia Rugby membina laluan pemain daripada peringkat awal sehingga ke skuad kebangsaan elit.

Dengan latihan bersama kelab profesional Jepun sebagai sebahagian persiapan akhir, Bunga Raya 7s kini mempunyai peluang untuk membawa pengalaman baharu itu ke Sukan Asia dalam usaha memperbaiki pencapaian Malaysia di pentas serantau.

The post Bunga Raya 7s dapat sentuhan Jepun sebelum Sukan Asia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved