Bunga Tecoma Jadi Tarikan Di Kuching, Fenomena Musim Bunga Ini Memukau Netizen Di Jalan Damai

30 May 2023 • 12:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Cantiknyaa! Dah macam musim bunga di luar negara pulak

Bunga Tecoma Jadi Tarikan Di Kuching, Fenomena Musim Bunga Ini Memukau Netizen Di Jalan Damai. Kuching kembali menjadi pusat perhatian selepas fenomena bunga Tecoma atau juga dikenali sebagai bunga trumpet mulai berkembang di taman-taman di sekitar bandar raya.

Fenomena ini membuatkan netizen terus membanjiri Jalan Damai dengan tujuan untuk menikmati keindahan bunga Tecoma untuk menjadi tempat OOTD.

image is not available
Bunga Tecoma Jadi Tarikan Di Kuching, Fenomena Musim Bunga Ini Memukau Netizen Di Jalan Damai. Kredit gambar: FB Shirley Hii

Bunga Tecoma juga dikenal sebagai bunga ‘trumpet’ kerana ia berbentuk seperti loceng.

Bunga Tecoma memang sangat indah dan hanya muncul mengikut musim tertentu di negara kita. Bunga ini berwarna cerah seperti merah jambu, putih dan merah keunguan mempunyai keunikan dan daya tarikan tersendiri.

Sama seperti bunga sakura yang hanya mekar dalam beberapa minggu sahaja dalam setahun, bunga Tecoma juga mempunyai jangka hayat yang sekejap. Bunga ini biasanya mekar pada penghujung musim bunga iaitu pada bulan Mac hingga Mei dan Ogos hingga September setiap tahun.

image is not available
Kredit gambar: FB Wanka玩咖

image is not available
Kredit gambar: FB Shirley Hii

Sekali pandang gambar yang tular di media sosial memang nampak seperti pemandangan di Jepun, seperti bunga sakura.

Di Kuching, bunga Tecoma ini mula berkembang pada bulan Mei dan banyak taman-taman di sekitar bandar raya yang boleh dikunjungi untuk menikmati keindahan bunga ini seperti di Jalan Damai, Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, atau selepas Jambatan Tun Salahuddin.

Buat warga Kuching, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar secara lebih dekat dan memudahkan anda untuk mengenali keindahan bunganya.

image is not available
Kredit gambar: FB Wanka玩咖

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: