
Seorang tukang masak maut apabila didakwa sebuah bungkusan di atas keretanya meletup sejurus dia memegang dan memeriksa bungkusan tersebut.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam di Pandan Indah, Ampang Jaya, mangsa berusia 28 tahun itu dilaporkan mahu mengalihkan sebuah bungkusan yang diletakkan di atas keretanya selepas dimaklumkan oleh rakan sekerjanya mengenai bungkusan berkenaan.
AMPANG – Seorang pelayan maut selepas sebuah bungkusan ditinggalkan di atas bonet keretanya di hadapan sebuah kedai makan meletup di Jalan Pandan Indah, di sini pada malam Khamis.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.55 malam.Menurutnya, mangsa, 28, merupakan lelaki warga tempatan dikatakan memegang bungkusan berkenaan sebelum meletup.Siasatan dijalankan mendapati terdapat satu bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet kereta mangsa jenis Toyota Corolla Altis."Letupan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Katanya, mangsa kemudian dibawa orang awam ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam."Siasatan di tempat kejadian juga menemui beberapa kesan akibat letupan iaitu kesan kemik pada kereta mangsa."Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Posted by Universal Media on Thursday, December 29, 2022
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, memberitahu bungkusan dalam plastik itu bagaimanapun meletup secara tiba-tiba sebaik saja mangsa memegangnya.
“Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan.
Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan,” katanya.
Difahamkan, letupan tersebut turut menyebabkan bahagian hadapan kereta mangsa terbakar dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor turut bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran akibat letupan itu.
“Polis menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan, berhampiran lokasi kejadian tetapi masih menyiasat perkara berkenaan,” katanya.
Beliau turut memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
