Bunuh: Buruh dihukum penjara 32 tahun, sebatan

LocalPolitics
10 Jun 2025 • 12:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

SANDAKAN: Seorang buruh warga Filipina dijatuhi hukuman penjara 32 tahun dan dikenakan 12 kali sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin kerana membunuh rakan senegaranya, lima tahun lalu.

Emar F Ramirez, 25, didapati bersalah dan disabitkan membunuh dengan menyebabkan kematian Hendry Barcelona, 19, pada 22 Julai 2020, kira-kira jam 1 pagi, di sebuah rumah kongsi di Ladang Sabang Maju, IJM Sugut, Beluran.

Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali bagi banduan lelaki berumur di bawah 50 tahun, jika sabit kesalahan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Emar diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 16 Ogos 2020 dan diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas itu memandangkan dia bukan warganegara Malaysia.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Saiful Azian Mokhtar, dalam menyampaikan keputusannya pada akhir kes pembelaan, mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah kerana membunuh Hendry.

Mahkamah juga mendapati bahawa tertuduh gagal membuktikan pembelaannya atas alasan provokasi melampau dan mengejut berdasarkan keseimbangan kebarangkalian serta tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dalam apa-apa aspek lain, kata Saiful semasa mensabitkan Emar atas pertuduhan terhadapnya.

Peguam Datuk Ram Singh yang mewakili Emar, dalam mitigasinya, menghujahkan antara lain bahawa Emar telah ditahan sejak 16 Ogos 2020 dan merupakan pesalah pertama serta pembunuhan itu bukan dirancang serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis sepanjang siasatan ketika dalam tahanan.

Ram berkata, Emar kesal dan menyesali perbuatannya yang berlaku dengan pantas dan tanpa berfikir panjang, kerana gagal mengawal emosinya.

Ram memohon agar hukuman mati mandatori ditukar kepada hukuman penjara seumur hidup di bawah pindaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, melalui Seksyen 34 Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, yang memberikan budi bicara kepada mahkamah untuk menentukan hukuman yang sesuai kepada tertuduh – penjara seumur hidup selama 30 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Risal Abd Fikkah, berhujah bahawa sekiranya Mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk mengenakan hukuman penjara dan bukan hukuman mati, tren hukuman bagi kes-kes yang puncanya hampir serupa dengan kes ini adalah antara 30 hingga 39 tahun penjara dan 12 sebatan.

Emar, yang merupakan satu-satunya saksi pembelaan, memberikan keterangan bersumpah dalam pembelaannya.