Penjara 12 tahun kerana rogol kekasih

LocalPolitics
31 May 2025 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan diperintah dikenakan empat kali sebatan rotan kerana merogol teman wanitanya yang di bawah umur.

Mohd Saini Ruslan mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, terhadap pertuduhan dihadapinya.

Mohd Saini yang sedang menjalani hukuman atas satu lagi kesalahan seksual, merogol perempuan berusia 13 tahun itu pada 11.30 pagi pada 18 Feb 2023 di dalam kereta yang diletakkan di kawasan pembuangan sampah di Ranau.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Mahkamah memerintahkan Mohd Saini menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan.

Semasa mirigasi, Mohd Saini yang tidak diwakili, memohon hukuman ringan dan dijalankan serentak dengan hukuman yang sedang dijalaninya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan memandangkan ia merupakan kesalahan serius dan berleluasa.

Mahkamah diberitahu bahawa Mohd Saini ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis. Siasatan mendapati mangsa keluar dari rumah pada hari kejadian dan kemudian ditemui pada 22 Februari 2023 di Beaufort bersama Mohd Saini. Mangsa kemudian memberitahu ibunya bahawa Mohd Saini telah merogolnya.