Bursa Malaysia anjur Hari Kewangan Sosial Islam sempena Ramadan

LocalBusiness & Finance
4 Mar 2026 • 10:19 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bursa Malaysia anjur Hari Kewangan Sosial Islam sempena Ramadan image is not available liza04/03/2026 - 10:19 Dari kiri,, Aishamuddin, Ahmad Fauwaz, Datuk Fad’l Mohamed, Prof Madya. Dr. Nik Hazimi dan Jumadi Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 Mac – Bersempena kedatangan bulan Ramadan, Bursa Malaysia telah menganjurkan Hari Kewangan Sosial Islam yang julung kalinya diadakan pada 3 Mac 2026. 

 

Majlis ini menampilkan sesi ilmu interaktif, mini bazar Raya serta pameran reruai oleh agensi‑agensi yang berkaitan. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Fad’l Mohamed turut menyampaikan sumbangan kepada rakan-rakan strategik bagi menyokong keusahawanan asnaf, pendidikan kewangan sosial Islam dan kesejahteraan komuniti.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Latihan dan Pembangunan) TEKUN Nasional, Aishamuddin Zulkefli dan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil.

 

Selain itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Kewangan Sosial Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Madya. Dr. Nik Hazimi Mohammed Foziah dan Ketua Pegawai Syariah SME Bank, Jumadi Kadir juga turut serta ke majlis tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved