Bursa Malaysia Catat Peningkatan Tertinggi Dalam 15 Bulan Terakhir Sebaik Sahaja PM-10 Diumumkan

Politics
24 Nov 2022 • 4:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Akhirnya Malaysia ada Perdana Menteri selepas Agong memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Berita gembira ini bukan hanya dinantikan rakyat Malaysia tetapi turut diterima baik pelabur dalam dan luar negara hingga memberi impak drastik kepada Bursa Malaysia.

Peningkatan saham ini dapat dilihat sejak pengumuman PM pada jam 1.32 petang tadi di mana Bursa Malaysia melonjak 3%.

Memetik laporan BERNAMA, Bursa Malaysia dijangka terus meningkat selepas mengakhiri sesi pagi dengan kukuh. Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 28.94 mata kepada 1,471.44 daripada 1,443.5 pada Rabu. Saham pandu pasaran dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,450.68.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved